KUALA LUMPUR: Satu kajian mendapati hampir separuh daripada 1,914 orang dewasa Malaysia berada di atas pagar dan menyatakan tidak mungkin terus mendapatkan vaksin COVID-19.
Sementara, 56 peratus pula berkemungkinan akan terus mendapatkan suntikan pelali itu pada masa hadapan, jika ia diperlukan.
Dapatan kajian dijalankan bersama oleh Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos); Monash University Malaysia; Sunway University dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Kajian itu turut mendedahkan, kumpulan umur yang paling terdedah kepada COVID-19, iaitu berusia 60 tahun ke atas menunjukkan peratusan paling rendah untuk berkemungkinan mendapatkan vaksin.
Sementara, hasrat untuk mendapatkan vaksin dalam kalangan mereka yang belum disahkan positif juga lebih rendah, iaitu 55 peratus berbanding 60 peratus dalam kalangan individu yang pernah dijangkiti.
"Objektif utama kajian adalah menilai niat orang ramai untuk meneruskan vaksinasi terhadap COVID-19.
"Selain itu, memahami faktor asas yang menggerakkan persepsi orang ramai untuk terus mengambil vaksin COVID-19 pada masa hadapan," demikian menurut kenyataan mengenai kajian bertajuk "What's Next For Vaccination Against COVID-19".
Kajian melibatkan individu berumur 18 tahun ke atas itu dijalankan secara dalam talian, dengan majoriti responden terdiri daripada mereka yang berada di bandar dan mempunyai capaian internet.
Kajian itu menambah walaupun rakyat Malaysia percaya vaksin mampu melindungi kesihatan, tetapi pengambilan vaksin dilihat membolehkan orang ramai melakukan aktiviti harian mereka.
Ini ditunjukkan apabila 80 peratus berpandangan sedemikian, berbanding 76 peratus responden menyatakan vaksin COVID-19 memberi pelindungan kepada kesihatan diri.
Dalam masa yang sama, kajian itu menyatakan usaha perlu digerakkan bagi menggalakkan penduduk untuk terus mendapatkan vaksin COVID-19.
Bagi strategi jangka pendek, mereka mencadangkan agar penerima vaksin dapat menikmati akses dan manfaat berbanding mereka yang tidak divaksinasi.
"Faedah yang dinikmati kemudiannya boleh menyumbang kepada strategi jangka panjang untuk berkomunikasi dan mendidik orang ramai tentang cara akses kepada faedah ini (kelonggaran) melalui vaksinasi berterusan.
"Ini sekali gus meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental mereka secara keseluruhan.
"Memandangkan hanya tiga daripada empat orang bersetuju bahawa vaksin melindungi kesihatan seseorang, lebih banyak kerja perlu dilakukan dalam menyampaikan bukti statistik yang jelas dan kukuh bagi menunjukkan bagaimana virus memberi kesan kepada mereka yang tidak divaksin," kata kajian itu.
Hasimi Muhamad
Sat Apr 23 2022
Kajian itu menyatakan usaha perlu digerakkan bagi menggalakkan penduduk untuk terus mendapatkan vaksin COVID-19. - Foto fail/BERNAMA
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari hingga 24 Mei.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri.
Hampir separuh tidak pasti, tidak mungkin terus ambil vaksin COVID-19 - Kajian
Dapatan kajian itu dijalankan bersama Ipsos; Monash University Malaysia; Sunway University dan Universiti Sains Malaysia.